1.3 juta golongan tak layak dapat faedah, Indonesia berusaha buat data yang lebih efektif

  • Post author:

Apabila ada rakyat yang berkemampuan dapat faedah, ia menyebabkan peluang tipis untuk rakyat miskin untuk mendapatkan bantuan yang sememangnya dicipta untuk meringankan beban mereka. Sebanyak 1.3 juta rakyat Indonesia dikatakan sebenarnya tidak layak namun mendapat bantuan tersebut.

Pasukan Nasional Bagi Mengurangkan Kemiskinan (TNP2K) memaklumkan kerajaan mengesan berlakunya pengagihan yang tidak tepat dalam pemberian bantuan wang tunai bahan bakar bersubsidi di negara ini.

Setiausahanya, Suprayoga Hadi berkata, wang yang sepatutnya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah diagihkan kepada mereka yang mampu.

“Berdasarkan penelitian dan pemeriksaan, terdapat 1.3 juta orang yang tidak layak menerima bantuan itu, walhal wang tersebut disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah.

“TNP2K akan cuba menyelaraskan golongan yang layak menerima bantuan ini supaya mereka yang benar-benar memerlukan dapat faedah tersebut.

“Kita tidak mahu golongan yang tidak layak ini bersenang-lenang atas kesusahan orang lain,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Hadi juga mengakui bahawa TNP2K sukar menghapuskan kemiskinan tegar di Indonesia.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, kerajaan akan berusaha menguruskan data yang lebih efektif dalam menentukan golongan sasaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kehidupan golongan tersebut boleh dibangunkan dari semasa ke semasa.

Baca Juga: Selangor umum peruntukan khas persiapan banjir

Baca Juga: TikTok larang semua iklan berbaur politik dan kempen kutip dana untuk ahli politik