Sebanyak 10 kawasan di daerah Johor Bahru dilaporkan terjejas akibat banjir kilat.
Ia berlaku susulan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Johor, sehingga jam 12 tengah hari ini, kawasan terjejas membabitkan Batu 10, Skudai; Kampung Dato’ Sulaiman Menteri; Tabika Kemas, Skudai Kiri dan Kampung Mohd Amin.
“Turut dinaiki air adalah kawasan, Kampung Ubi, Kampung Tiram Duku, Kampung Peladang, Kampung Baru Muafakat, Kampung Pekajang dan Kampung Paya Mengkuang,” maklum sekretariat itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, di Batu Pahat pula, terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan kawasan yang menghadapi banjir kilat iaitu Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai.
“PPS Sekolah Agama Seri Bengkal dibuka seawal jam 8 pagi tadi dan sehingga kini menempatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga yang juga penduduk Kampung Seri Bengkal.
“PPS Sekolah Kebangsaan Peserai dibuka jam 12 tengah hari ini bagi menempatkan penduduk Kampung Bintang Peserai yang terjejas,” katanya.
Baca Juga: Nak cuba berlakon dan buat konsert solo, Alyah masih mahu berada dalam industri
Baca Juga: Warisi harta datuk pengusaha video porno, gadis ini dikatakan lebih kaya dari Ratu Elizabeth