11 hari tayangan, Abang Long Fadil 3 kutip RM18 juta

  • Post author:

Sebanyak RM18 juta berjaya dikutip menerusi filem bergenre komedi aksi, Abang Long Fadil 3 dalam tempoh 11 hari tayangannya di pawagam.

Filem arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu, menampilkan pelawak popular, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak sebagai teraju utama.

Susulan kutipan memberangsangkan itu, Penerbit, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media dan tinjauan menerusi siri jelajah diadakan, kami mendapati rata-rata penonton yang memberi sokongan daripada golongan sudah berkeluarga.

“Saya bersama rakan penerbit, Astro Shaw mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudah menonton filem arahan Syafiq ini,” katanya.

Filem hasil idea asal Syafiq Yusof itu berjaya meraih kutipan RM3 juta pada hari pertama tayangan di 159 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang

Baca Juga: Warga China dilarang sentuh orang asing, tidak mahu penularan wabak cacar monyet