Desakan ekonomi terutamanya selepas pandemik pastinya mengkaburi mata setiap orang yang mahukan kerja. Inilah terjadi kepada 11 mangsa yang ditipu sindiket tawaran kerja di Kemboja.
Kesemua mangsa yang ditipu itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 11.55 malam tadi lapor Harian Metro.
Hanya dapat selamatkan 123 daripada 153 mangsa
Kementerian Luar dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan.
“Kementerian merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Kemboja melalui pihak berkuasa negara itu atas kerjasama baik yang diberikan dalam mengesan serta menyelamatkan mangsa.
“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh akan terus komited dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan serta menyelamatkan mangsa bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat,” menurut kenyataan itu.
Baca Juga: Suami gaduh dengan ahli sindiket dadah jadi punca isteri diculik