Orang awam berdepan detik cemas apabila melihat seorang wanita berjubah dan berpurdah cuba terjun terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra semalam. Saksi dikatakan mengambil masa 15 minit untuk menenangkan wanita tersebut dan memeluknya.
Wanita yang berusia 54 tahun dari Pengkalan Chepa dikatakan cuba memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari semalam sebelum diselamatkan pengguna jalan raya.
Saksi, Suhaila Zakaria, 28, berkata, sewaktu kejadian, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa lelaki sedang memegang wanita tersebut yang sedang menangis.
Suhaila kemudian bertindak dengan memberhentikan motosikalnya lalu memeluk wanita terbabit sambil memenangkannya dengan menyuruhnya mengucap serta bersabar.
“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.
“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo.
Menurut Suhaila, selepas 15 minit dipujuk, kenderaan polis yang kebetulan lalu di lokasi tersebut berhenti lalu mengambil wanita itu. Pada masa sama, jentera bomba turut sampai di lokasi kejadian, namun wanita itu sudah dibawa anggota polis.
Tekanan hidup dan ekonomi boleh menjadi seseorang itu mengambil jalan pintas untuk keluar dari masalah yang membelenggu diri namun cubalah ikhtiar dan mohon pertolongan orang sekeliling sebelum kita mengambil nyawa sendiri.
Baca Juga: Pemakaian pelitup muka ketika naik kapal terbang tak wajib
Baca Juga: ‘Bila video tak senonoh tersebar, deepfake jadi jalan lepas diri dari dituduh buat gangguan seksual’