‘Bungkus diri’ dalam tren, tindakan wanita ini buat netizen geli hati

  • Post author:

Tindakan seorang wanita yang ‘membungkus’ tubuhnya menggunakan beg plastik ketika menaiki tren bawah tanah di wilayah Hubei, China, nampaknya menarik perhatian penumpang lain.

Wanita yang duduk di kerusi itu membungkus dirinya sebelum makan pisang yang dibawa bersama, sekali gus menarik perhatian penumpang bernama Wang.

Wang merakam video berkenaan kerana terhibur dan ingin melihat apa yang wanita itu lakukan.

“Terdapat wabak Covid-19 sporadik di seluruh Wuhan tetapi pada pendapat saya, adalah agak melampau untuk wanita itu melindungi dirinya dengan berpakaian seperti itu.

“Perbuatan makan dalam kereta api bawah tanah juga tidak sesuai. Dia mengasingkan diri daripada orang lain dengan membungkus dirinya di dalam beg plastik,” kata Wang yang dipetik agensi berita tempatan.

Perbuatan makan di dalam kereta api bawah tanah adalah dilarang di China.

Bagaimanapun, wanita itu menggunakan helah bijak untuk melakukannya dan mematuhi peraturan ketat Covid-19 di negara itu.

Baca Juga: Wanita tertinggi dunia terpaksa berbaring guna 6 tempat duduk dalam pesawat

Baca Juga: Obses dengan kebersihan, wanita ini bersihkan rumah orang tak dikenali secara percuma