Susulan banjir di beberapa lokasi berikutan fenomena air pasang besar, dua pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka di daerah Klang.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, PPS bagi mangsa banjir Kampung Delek Baru adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.
“Bagi mangsa banjir Kampung Sungai Sireh Tambahan, mereka akan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.
“Mereka yang terlibat boleh hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan,” menurut Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah Klang (PTD), hari ini.
Pagi tadi katanya, penguat kuasa PDT Klang sudah membawa mangsa banjir di Kampung Sungai Sireh ke PPS berkenaan.
Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan makluman berhubung paras air sepanjang September berikutan fenomena air besar.
Baca Juga: Dikecam sebab tak tolong bapa jatuh, rupanya dua-dua lembam
Baca Juga: Terbaik cikgu! Guru ini tolong keluarkan ular daripada beg murid