Tarikg mengundi sudah ditetapkan, maka rakyat Malaysia pastikan kuku anda berwarna hitam pada 19 November ini, Dijangka seramai 21,173,638 orang pemilih berdaftar dijangka akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRU15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak daripada Speaker DUN masing-masing.
“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan Pilihan Raya Kecil DUN N.66 Bugaya, Sabah adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober lalu.”
Baca Juga: Pakai jam tangan harga RM89,000, netizen puji Jep sebab tak tunjuk kekayaan
Baca Juga: Rakyat Malaysia keluar mengundi 19 November, penamaan calon 5 November