Pereka grafik dan aktivis politik, Mohd Fahmi Reza popular dalam kalangan anak muda kerana kelantangannya bersuara menerusi karikatur-karikatur yang dilukis.
Dia mula dikenali dan mendapat perhatian kerana sering-kali menimbulkan rasa tidak senang ke atas pihak berkuasa sebelum ini.
Genap 22 tahun terlibat dalam dunia aktivis, Fahmi memberitahu bahawa dia tidak suka mengidolakan orang lain, bahkan tidak suka jika dirinya dijadikan idola.
Dia menganggap dirinya sama seperti orang lain, tiada pangkat dan darjat.
Biarpun setelah 22 tahun, dia masih setia dalam perjuangan rakyat yang mahukan kebebasan dan perubahan walaupun acap kali dilabel kurang ajar.
“Aku tak suka mengidolakan orang lain , jadi aku juga tak suka diidolakan.
“Aku orang biasa macam korang semua tak ada pangkat, sama darjat.
“Selepas 22 tahun dalam dunia aktivis, aku masih setia dalam perjuangan rakyat untuk kebebasan dan perubahan, walaupun selalu kena tangkap, kena label kurang ajar dan biadab.
“Aku tak mintak dilayan macam idola atau selebriti.
“Yang aku nak rakyat merdeka, berjuang seiring dengan aku, bukan dekat depan atau dekat belakang, berdiri sama tinggi , duduk sama rendah.
“Sama setara dalam gerakan untuk buka mata rakyat, bangkitkan kesedaran dan semangat untuk berjuang dan melawan. rakyat adalah bos,” katanya dalam satu hantaran dimuat naik di Twitter semalam.
Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan akaun TikTok miliknya sudah disekat syarikat induk itu buat kali ketiga.
Baca juga: “Gue ikut bangga…”- Netizen Indonesia teruja Anwar jadi PM hingga jadi bualan di negara jiran
Baca juga: Tak berdaya lepas kemalangan, lelaki terpaksa minta tolong adik hantarkan makanan kepada pelanggan