22 tahun jarak umur, Leonardo DiCaprio akhir putus dengan Camila Morrone

  • Post author:

Perbezaan jarak umur lebih dua dekad di antara Leonardo DiCaprio dan Morrone akhirnya putus ditengah jalan walaupun dikatakan hangat bercinta selepas 4 tahun menyulam kasih.

Leo, 47, dan Camila, 25, mula dikaitkan sejak 2018, sebelum ini, dilaporkan cukup berahsia mengenai hubungan mereka. Perpisahan itu disahkan sumber, namun, jurucakap pasangan ini enggan mengulas mengenai perkara itu, lapor agensi.

Dilaporkan, sumber memberitahu, pasangan itu tidak menganggap hubungan mereka kasual malah pasangan ini dikatakan sudah berjumpa ibu bapa masing-maisng untuk menunjukkan hubungan mereka sudah serius.

“Semestinya ini bukan hubungan kasual. Morrone banyak habiskan masanya di rumah Leo. Leo sudah lama memperkenalkan Morrone kepada ibu bapanya,” kata sumber berkenaan.

Pada usia 47 tahun, Leo sememangnya mempunyai corak temu janji yang sangat khusus, sehinggakan seorang Redditor memetakan bintang Titanic itu. hubungan selama 20 tahun yang lalu menunjukkan bahawa tidak seorang pun teman wanita telah berjaya melepasi usia 25 tahun.

Baca Juga: “Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak” – Puteri Sarah lega kes berjalan lancar

Baca Juga: Selepas Fashion Week, kali ini tunjuk ‘body’ pula Kerajaan Pas Kedah dikecam