250,000 hadir beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth

  • Post author:

Kira-kira 250,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth di Westminster Hall.

Jumlah itu disahkan Menteri Kebudayaan Britain, Michelle Donelan hari ini.

“Jangkaan kira-kira 250,000. Kami masih mengira jumlah sebenar.

Angka sebenar akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada radio Times.

Orang ramai dilaporkan memberi penghormatan terakhir kepada Baginda di Westminster Hall, bahagian tertua estet parlimen selepas menunggu berjam-jam dalam barisan panjang menyusuri pusat London selama lebih empat hari.

Orang ramai dari semua peringkat umur dan pelbagai lapisan masyarakat menghadiri upacara persemadian mendiang Ratu yang mangkat di Scotland pada 8 September lalu.

Baginda menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun selepas memerintah selama 70 tahun.

Baca Juga: Tarik seluar perempuan masa tengah tidur, tiga pelajar lelaki ditahan

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang