30 tahun tak pakai pakaian ketat, Liza Abdullah pakai baju kebaya demi jayakan watak

Sering dengan usia pastinya ramai yang akan mula merasa selesa apabila memakai pakaian longgar dan begitu juga buat pelakon Liza Abdullah yang sudah 30 tahun mengenakan imej yang lebih sopan dan tidak memakai pakaian ketat.

Liza, 58, mengakui janggal apabila diminta mengenakan kebaya, namun demi tuntutan dan komitmen terhadap pementasan teater Nyonya, dia akur menyarung busana itu lapor Utusan.

“Segan juga, maklum pada usia begini, terdetik niat dalam hati untuk memakai pakaian yang lebih longgar. Ketika menerima tawaran, saya tidak terfikir pula mengenai kostum yang akan digayakan pada hari pementasan.

“Kalau diikutkan, memang tidak cantik kalau memakai kebaya yang tidak ikut bentuk badan. Saya berbincang dengan produksi dan selepas meminta izin, saya dibenarkan memakai inner untuk menutup kebaya yang jarang itu. Alhamdulillah, mereka boleh terima,” katanya.

Liza mahu tampil dengan watak berbeza kerana penonton sudah terbiasa dengan imejnya yang selalu berjubah dalam drama, malah anaknya sendiri mengaku terkejut melihatnya mengenakan kebaya.

“Selama ini, penonton sudah terbiasa melihat saya tampil dengan imej jubah atau baju longgar dalam produksi televisyen. Anak saya sendiri terkejut bila tengok saya pakai kebaya.

“Bukan tidak pernah pakai, tetapi itu dulu ketika muda. Apabila sudah tua, saya tidak mahu begitu lagi. Bukan sebab takut orang mengata, malah saya tidak kisah sangat apa orang cakap. Dalam bekerja, saya khuatir tidak mampu membawa watak dengan baik,” katanya.

Baca Juga: Ada orang ketiga, rumah tangga Krisdayanti pula bergoyah

Baca Juga: Pemandu Alza berani potong garisan berkembar, langgar lampu isyarat