Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan beberapa lagi cedera selepas bot yang membawa pendatang dari Lubnan terbalik di perairan wilayah Syria.
Perkara berkenaan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Syria dan kejadian tersebut dilaporkan berlaku semalam.
Memetik laporan media, setakat ini 20 orang diselamatkan dan diberikan rawatan perubatan di bandar pantai Tartous, berhampiran lokasi kejadian.
Memetik keterangan daripada mangsa yang terselamat, kementerian itu berkata, bot tersebut berlepas dari Lubnan membawa pendatang dari beberapa negara yang tujuan mereka tidak diketahui.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, memetik sumber, berkata bot itu membawa antara 120 hingga 150 orang.
Ia termasuk rakyat Lubnan, Syria dan warganegara lain yang tidak dikenali, dan sedang menuju ke Cyprus.
Badan pemantau yang berpangkalan di UK pula memberitau, sebuah helikopter tentera Syria dan bot nelayan tempatan mengambil bahagian dalam mencari mangsa yang terselamat.
Baca Juga: 1.3 juta golongan tak layak dapat faedah, Indonesia berusaha buat data yang lebih efektif