4 buah negeri diramalkan hadap air pasang besar hingga 13 Oktober

  • Post author:

Walaupun fenomena air pasang besar ini seringkali berlaku di Malaysia, namun rakyat diharapkan untuk bersiap sedia dan empat buat negeri telah diramalkan mengalami air pasang besar oleh Pusat Hidrografi Nasional.

Kejadian ini dijangka bermula semalam hingga 13 Oktober depan dan kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), fenomena itu berpunca daripada kedudukan bulan yang lebih dekat dengan bumi

“Fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih peka dan berwaspada berdepan semasa fenomena ini berlaku,” katanya.

Baca Juga: “Mak pula kena tanggung dia”, bapa senang je keluar 40 hari ikut tabligh tapi nafkah terabai

Baca Juga: Orang gila ajak pilihanraya, takkan muslimat nak pi kempen selak kain, kata Pas kepada Umno