4 ubat batuk, selsema Maiden Pharmaceutical tidak berdaftar di negara ini

  • Post author:

Empat produk sirap ubat batuk dan selsema keluaran Maiden Pharmaceuticals, India didapati tidak berdaftar di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara tersebutq diketahui hasil siasatan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“NPRA akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian berkenaan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin.

“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau memaklumkan demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat sirap ubat batuk dan selsema dibuat oleh Maiden Pharmaceuticals itu selepas ia dikaitkan dengan kematian kanak-kanak.

Baca Juga: Wah! Kagum dengan adik ini, kecil-kecil dah pandai makan petai

Baca Juga: JKM mohon bantuan kesan ibu bapa Ayyash