Sekurang-kurangnya 46 orang dilaporkan terbunuh apabila gempa bumi melanda barat daya China, semalam. Gempa bumi bermagnitud 6.6 itu melanda kira-kira 43 kilometer (km) tenggara bandar Kangding di wilayah Sichuan.
Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) lapor laman media.
Penyiar rasmi China CCTV berkata, 17 orang maut di bandar Ya’an, manakala 29 kematian dilaporkan di wilayah jirannya iaitu Ganzi.
Gegaran kuat di kawasan terpencil itu menyebabkan kediaman rosak dan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik.
Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Chen, dia dapat merasakan gegaran kuat, malah jirannya di tingkat bawah turut merasakan gegaran tersebut.
Selain kematian, pihak berkuasa melaporkan batu dan tanah jatuh dari lereng gunung, menyebabkan kerosakan pada rumah dan gangguan bekalan elektrik.
Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan, satu kejadian tanah runtuh menghalang lebuh raya di kawasan luar bandar dan menyebabkan ia dipenuhi batu.
Baca Juga: Hotel 13 tingkat untuk babi di China dengan kelengkapan mewah, siap ada kemera
Baca Juga: ‘Pandai buat hutang nak bergaya punya pasal tapi liat bayar’, kedai motor dedah senarai penghutang