Baru sahaja berusia 23 tahun, ibu muda dari India ini disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). Wanita itu dikatakan mati secara mengejut ketika dalam proses mengumpul telur matang dari ovarinya.
Wanita yang sudah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun itu juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun. Dia dikatakan pergi ke hospital terbabit untuk menjalani prosedur terbabit namun ajal menjemput ketika prosedur sedang dijalankan.
Jantungnya dikatakan berhenti berdegup secara tiba-tiba dan bedah siasat mendedahkan wanita itu meninggal dunia disebabkan sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) iaitu satu komplikasi yang menjejaskan satu daripada tiga wanita yang menjalani IVF.
Menurut pengarah badan amal kesuburan Progress Educational Trust (PET), Sarah Norcross, risiko kematian akibat OHSS jarang berlaku namun ada kes yang menyebabkan nyawa si ibu dalam bahaya, lapor Mail Online.
Keadaan itu menyebabkan ovari wanita mengembang secara berbahaya serta boleh menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas dengan darah beku dalam paru-paru mereka.
Hasil bedah siasat mendapati ovari mangsa yang kebiasaannya bersaiz tiga sentimeter membesar tiga kali ganda daripada saiz sepatutnya. tidak hanya itu, mangsa juga mempunyai sembilan daripada 10 folikel yang membesar pada dinding setiap ovari serta terdapat cecair sekeliling perut dan paru-parunya.
Susulan daripada itu, pakar membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal dunia akibat edema pulmonari akut.
Ia terjadi apabila terdapat pengumpulan cecair dalam paru-paru yang disebabkan pembekuan darah serta sukar untuk bernafas yang membawa kepada serangan jantung.
Baca Juga: Roller coaster tergelincir landasan, lelaki cedera parah akibat tercampak