Aaron Aziz sanggup tangguh pembedahan untuk terus bekerja demi anak

  • Post author:

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah pengorbanan Aaron Aziz yang kini menderita masalah saraf tulang belakang sejak 10 tahun lalu tidak menjadikan itu alasan untuk terus bekerja demi masa hadapan anak-anak.

“Tak kisahlah saya sakit, asalkan dapat berlakon untuk bayar yuran pengajian anak-anak”.

Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Mustapha Aziz, 46, menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan.

“Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.

“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.

“Mereka akan masuk ke universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tidak mahu anaknya bimbang, dia sentiasa mahukan anaknya fokus terhadap pembelajaran masing-masing dan tidak mengambil peduli mengenai hal kewangan.

“Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron dan juga isteri sudah lama berbincang untuk membangunkan sebuah perusahaan atau syarikat sebagai jaminan anak-anak pada masa hadapan selain memberi komitmen terhadap kerjaya lakonan.

Baca Juga: Dakwa hutang RM4,000 belum langsai, Shahir tak larikan diri bakal bincang cara baik

Baca Juga: ‘Cakap je nak pergi Siam ambil santau, menggelupur dia bank in nanti’, netizen kongsi tips ‘ajar’ penghutang culas