[VIDEO] “Abang pulak dance,” gelagat comel Hayder buat ramai netizen tak kering gusi

  • Post author:

Kehadiran anak atau budak kecil dalam sesebuah keluarga sememangnya mampu mengubah suasana, apatah lagi budak-budak kecil ini mempunyai pelbagai telatah.

Setiap hari ada sahaja gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua kan?

Baru-baru ini, gelagat lucu Muhammad Hayder Qhalis, iaitu anak sulung Eyra Hazali dan pasangan Muhammad Haziq Nadzli, sering menjadi tumpuan dek kerana kecomelannya. 

Jika ada trend terbaharu di media sosial, biasanya kita juga akan mengikuti trend tersebut.

Menerusi perkongsian itu, Hayder yang asyik melihat ibunya menari sambil memegang telefon bimbit, meminta kepada ibunya mahu berbuat perkara yang sama. 

 

“Hajat nak ikut trend tak kesampaian,” tulis Eyra di ruangan kapsyen. 

Rata-rata netizen dilihat turut terhibur dengan gelagat Hayder yang comel itu.

“HAHAHAHHA COMEL LA HAYDER “ABG PULAK DANCE,”

“Dia senyum je ramai cair tetiba “Abang pulak dance” ahh sudah hayder !!!!,”

“Dia punya taknak kalah tu nak join jugak hahahaha!,”

Setakat ini, video yang dimuat naik di TikTok eyrahazali21 itu mendapat 3.7 juta tontonan, 673.5k tanda suka dan 11.5k perkongsian.

Kredit Gambar: Instagram Hayder

Baca Juga: [VIDEO] Gara-gara ayahnya pakai baju sama, kanak-kanak ini ‘tersilap’ bapa

Baca Juga: Tersepit di celah batu, lelaki ditemui lemas di Sungai Semungkis