Acah Gordon Ramsay, netizen berang lihat Sheila Rusly tengking peserta masakan

  • Post author:

Program di Malaysia, kalau tak ada watak yang drama queen memang tak sah agaknya, mungkin takut rating jatuh. Tular satu klip di mana Sheila Rusly menjadi juri dan menengking peserta program masakan sehingga dilihat sebagai biadap kepada netizen.

Seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai tindakan Sheila Rusly yang dikatakan perasan dirinya adalah Gordan Ramsay padahal hanya duta Maggi sahaja.

“Lalu dekat For You Page (FYP) aku tadi, Alahai, Kau tukang masak tersohor ke nak perasan Gordon Ramsay.

“Setakat jadi duta Maggi pastu semua benda nak letap cukup rasa, tak perlu kot nak acah.”

Sheila dikatakan marah kerana yaam tersebut menjadi keras kerana terlalu lama masak.

“Keras sangat dan terlalu lama. Saya nampak ayam tu masuk terlalu lama, lepastu tergodek-godek biarlah dia masak sendiri tak apa pun.

“Dah tahu awak guna chicken fillet, masukkan bahagian tu paling hujung, biar mendidih kemudian masuk sayur dan akhir sekali ayam, selesailah.”

Kebanyakkan netizen juga setuju yang tinggi suara itu tidak perlu, sedangkan juri untuk Masterchef Australia sekalipun menegur peserta mereka dengan lembut dan tidak pernah meninggikan suara.

komen netizen

komen netizen
komen netizen

Tidak hanya itu, netizen juga mahukan menantu Sheila untuk masak juga dan mahu lihat setara mana kesedapan masakan menantu kerana selama ini yang dikatakan memasak adalah Sheila sendiri.

komen netizen

Baca Juga: Keluarkan oksigen dan bakteria, netizen tak jadi sedih Azal buang angin dalam video

Baca Juga: Bukan sekadar kucing, ‘Soleh’ turut mendapat kad pekerja dan dilantik sebagai penjawat awam!

Baca Juga: Anwar tolak guna Mercedes S600 yang dipesan sebelum jadi PM