Ada apa dengan angka ’11’ kepada kanak-kanak ini?

  • Post author:

Bagi sesetengah orang, sesuatu angka mempunyai nilai sentimental tersendiri yang akan dikenang sampai bila-bila.

Jadi tidak hairanlah kadang-kadang ada individu yang sanggup membida nombor pendaftaran kenderaan disebabkan nombor itu ada ‘maksud’ tertentu.

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak lelaki ini yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, jam 11.11 pagi.

Daily Star melaporkan, kanak-kanak itu, Daniel Saunders dari Hertfordshire, England, kerap berkait rapat dengan nombor 11 sejak dilahirkan.

“Saya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini,” katanya.

Menurut Daniel, 11 adalah nombor utama dalam bidang numerologi dan ia bermaksud, dia mempunyai potensi besar pada masa akan datang.

“Ia adalah nombor bertuah saya dan amat mudah untuk diingati. Tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya,” katanya lagi.

Menurut ibu Daniel pula, Charlotte, anak lelakinya  dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu.

“Disebabkan doktor gagal mengubah kedudukan bayi (Daniel), Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November.

“Daniel sepatutnya dikeluarkan lebih awal namun, dia ketika itu tersekat di bawah rusuk saya yang menyebabkan doktor mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya.

“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia dilahirkan dengan perkara berkaitan nombor 11. Ia adalah nombor bertuah saya sejak kecil dan kini saya berkongsi angka bertuah tersebut dengan Daniel,” kata Charlotte.

Baca Juga: Cuba cari ibu kandung, lelaki menetap di lapangan terbang selama 18 tahun akhirnya meninggal dunia

Baca Juga: Bukan biasa-biasa, kereta dan vespa dijadikan mas kahwin