Ada orang ketiga, rumah tangga Krisdayanti pula bergoyah

  • Post author:

Umum sedia tahu perkahwinan di antara Krisdayanti dan suami terbaru ini adalah hasil hubungan sulit ketika penyanyi tersebut masih lagi sah menjadi isteri komposer terkenal, Anang Hermansyah dan kini rumah tangga bersama Raul Lemos pula bergoyah juga disebabkan orang ketiga.

Krisdayanti atau mesra disapa KD menjalani kehidupan rumah tangga secara jarak jauh bersama Raul. KD bersama anak-anaknya menetap di Jakarta, manakala Raul pula di Timor Leste.

Menurut khabar angin yang beredar, dikatakan rumah tangga Krisdayanti dan Raul kini sedang bergoyah disebabkan kehadiran insan ketiga dalam hubungan mereka lapor Kosmo.

Sebuah stesen televisyen swasta tempatan memberitakan bahawa Raul dikhabarkan memiliki seorang wanita simpanan di Timor Leste. Bahkan laporan tersebut turut memberitahu bahawa KD bakal dimadukan oleh suaminya.

Bagaimanapun, gosip mengenai kecurangan Raul terhadap Krisdayanti turut mendapat komen negatif daripada netizen apabila menyebut bahawa penyanyi berusia 47 tahun itu sedang menerima ‘karma’ atas perbuatan silamnya.

Baca Juga: Ramai tawar nak jadi kekasih, Hafiz Hamidun mahu lebih berhati-hati

Baca Juga: Derita kencing manis hingga saraf mata dimatikan, pelakon veteran uzur tidak mampu bergerak terpaksa didukung