Adik ini dapat gelaran ‘superstar’ selepas bomba datang kepadanya

  • Post author:

Dalam dunia ini, kadang-kadang macam-macam benda pelik berlaku di sekeliling kita.

Ada yang melibatkan orang tua, dewasa dan yang terbaharu adalah seorang kanak-kanak perempuan di London.

Rupa-rupanya pelapik mangkuk tandas tersangkut pada lehernya, sekali gus memerlukan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangkuk itu.

Malah, kanak-kanak itu turut mendapat gelaran superstar oleh pasukan bomba di Britain selepas dia berjaya bertenang ketika usaha mengeluarkan pelapik itu dilakukan.

Harper Stewart, 2, memerlukan bantuan selepas dia menghulurkan kepalanya melalui lubang kecil pada pelapik mangkuk tandasnya.

Ibunya, Kay, 27, juga cuba mengeluarkan pelapik itu, namun gagal walaupun sudah menggunakan cecair pencuci untuk melonggarkannya.

Walaupun Kay dibantu anak sulungnya, Shannon, 16, ianya masih susah untuk dilepaskan daripada leher kanak-kanak itu.

Shannon akhirnya menghubungi panggilan kecemasan sebelum anggota bomba bergegas ke rumah keluarga itu di Wallsend, North Tyneside.

Kru dari Tyne dan Wear Fire and Rescue Service (TWFRS) memotong pelapik itu dan  menyiarkan gambar operasi mereka  di Facebook.

“Ia sangat cemerlang untuk melihat betapa pantas mereka membantu kami dan melepaskan pelapik itu. Harper memberi pelukan erat kepada bomba sebagai tanda terima kasih.

“Saya sangat berterima kasih atas bantuan mereka pada petang hari kejadian,” kata Kay.

Baca Juga: Tak boleh terima dapat markah rendah, dua pelajar pukul guru dengan kayu besbol 

Baca Juga: Tiba-tiba jerung muncul, nasib baik wanita ini tenang kawal keadaan