Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas gagal mengeluarkan nat besi yang tersangkut pada jari tengahnya hari ini.
Kanak-kanak berusia lima tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kudat.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan perkara itu jam 9.49 pagi.
“Tiga anggota dikerah ke Hospital Kudat untuk membantu.
“Kami menggunakan peralatan khas untuk memotong nat itu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, jari tengah mangsa juga bengkak dan operasi tamat jam 10.42 pagi.
Baca Juga: PRU-15: PH yakin kadar keluar mengundi lebih 80%
Baca Juga: Teruja sangat mengundi kali pertama, Leona tayang kertas undi pada umum