Dalam dunia ini, kadang-kadang macam-macam benda pelik berlaku di sekeliling kita.
Ada melibatkan orang tua, dewasa dan terbaharu seekor monyet yang tersepit pada celah roda depan sebuah motosikal di Badosarai, Uttar Pradesh, India.
Kejadian bermula apabila monyet itu cuba melintas jalan raya, tetapi haiwan tersebut dilaporkan terperangkap di celah roda motosikal yang sedang bergerak laju.
Namun, pujian harus diberikan kepada penunggang motosikal apabila dia bertindak membrek pada masa yang tepat sehingga menyebabkan haiwan tersebut tidak cedera sama sekali.
Monyet itu hanya tersepit pada roda hadapan motosikal dan beberapa orang turut membantu menyelamatkan haiwan tersebut.
Bagi menyelesaikan masalah itu, seorang lelaki membuka roda hadapan motosikal bagi membolehkan haiwan itu keluar dan menurut sumber, haiwan tersebut kemudian disahkan selamat.
Baca Juga: Fuh! Cincin berlian ‘buah pear’ dijual dengan harga RM135 juta!
Baca Juga: Lelaki berjaya dibawa turun selepas 4 hari ‘berada’ di puncak menara