Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib malang seorang ahli perniagaan Malaysia terlibat dalam skandal rasuah besar membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan ditahan di Venezuela gara-gara melarikan diri daripada tahanan rumah.
Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang berasal dari Pulau Pinang ditahan kelmarin selepas pihak berkuasa Venezuela mendapat maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol).
Jurucakap pihak berkuasa AS memaklumkan, Francis ditahan ketika cuba menaiki pesawat untuk melarikan diri ke negara lain lapor NBC News.
Setakat ini, lelaki itu akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi. Francis dilaporkan memotong gelang peranti pemantauannya sebelum melarikan diri dari kediamannya di San Diego.
Baca Juga: Tidak konsisten, kontrak Mick Schumacher dan Haas bakal berakhir
Baca Juga: Sifat sebenar seseorang akan terserlah apabila punyai jawatan dan kuasa – Sultan Nazrin