Air pasang besar: Paras air di Klang, Kuala Langat terkawal

  • Post author:

Beberapa lokasi berpotensi banjir akibat fenomena air pasang besar di kawasan Klang dan Kuala Langat, masih terkawal walaupun paras air meningkat kepada 5.3 meter pagi ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Skuad Pantas menjalankan pemantauan di beberapa lokasi titik panas bagi meninjau fenomena itu.

Menurutnya, antara lokasi dipantau adalah Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang dan Jeti Nelayan Pengkalan Nelayan Tok Muda.

“Ketinggian paras air maksimum dianggarkan 5.3 meter pada jam 6.52 pagi, namun keadaan masih baik dan terkawal.

“Air tidak melepasi had bahaya pada benteng ban di lokasi dan tiada kejadian ban pecah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, MPK memberitahu, paras air di Pengkalan Pelabuhan Klang dan Tanjung Harapan masih berada pada tahap selamat dan terkawal.

Baca Juga: Kembar tak ada masa makan, anak Zarina pukul diri sendiri

Baca Juga: Air pasang besar: Paras air di Klang, Kuala Langat terkawal