Akhiri zaman bujang dengan gadis Sabah, Shahir harap dipermudah segala urusan

Pernah dikatakan bercinta dengan Erra Fazira satu ketika dahulu, kini bekas juara Akademi Fantasia 8 itu bakal mengakhiri zaman bujang dengan suri hatinya dari Sabah pada 2 September ini di Subang Jaya.

Shahir Zawawi, 34, mengakui rasa berdebar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada tunangnya, Jaskin Jaludin, 30, namun tidak sabar untuk melangkah ke fasa baru.

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.

“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shahir, segala persiapan sudah dilakukan biarpun dibuat dalam tempoh singkat dan berharap semoga Allah permudahkan urusan kerana baginya majlis ini adalah lebih kepada halalkan hubungan di antara dua insan.

Shahir dan pasangannya juga bakal diraikan pada majlis persandingan yang diadakan pada 3 September di lokasi sama. Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman wanita itu di Tawau, Sabah.

Baca Juga: Selepas buat babak cium dalam Abg Long Fadhil 3, Lizzy harap ada babak lebih lagi dari itu

Baca Juga: Anggota Jabatan Laut didakwa buat tuntutan palsu kerja lebih masa, elaun perjalanan berjumlah RM670.51