Akhirnya terbongkar siapa sebenarnya ustazah yang label suami dayus, penceramah motivasi, Amin Idris telah mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.
Disebabkan namanya telah menjadi topik perbualan di media sosial, penceramah motivasi, Amin Idris telah mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.
“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.
“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.
“Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.” ujarnya.
Jelas pengacara itu lagi, doktor wanita yang terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) tidak ramai memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat. Jadi, tanggungjawab itu perlu ditampung bersama doktor lelaki.
“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.
“Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.”
Amin juga menyelar kenyataan yang meminta agar para suami mengumpul duit untuk menghantar isteri bersalin di swasta kerana bukan semua masyarakat di Malaysia terlahir dalam golongan berada.
“Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.
“Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!” tegasnya dipetik Oh My Media.
Terdahulu, video Ustazah Siti Afifah mengatakan bahawa suami itu dayus kerana membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki telah menjadi perdebatan sehingga ramai pendakwah tampil menangkis dakwaan tersebut.
Baca juga: ‘Selera makhluk asing ni, jangan pelik-pelik boleh tak’