Mempunyai keperibadian yang mulia ini adalah bagus untuk semua apatah lagi jika ia mampu menghindarkan kita daripada menjadi mangsa pembunuhan. Itulah yang terjadi kepada Shah Rukh Khan selepas hampir menjadi mangsa bunuh gangster India.
Pelakon Bollywood itu dedah hampir menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan gengster terkenal India, Abu Salem, namun dilepaskan kerana sikapnya yang dilihat terlalu baik.
Ujar aktor berusia 56 tahun itu, dia dihubungi Abu Salem yang mengancam untuk membunuhnya gara-gara menolak tawaran lakonan sebuah filem.
“Produser filem tersebut merupakan kenalan kepada Abu Salem. Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana sedang menjalani penggambaran Dil To Pagal Hai,” kata Shah Rukh Khan.
Gara-gara itu, Abu Salem yang juga merupakan individu bertanggungjawab menembak pelakon Bulshan Kumar tidak menyukai Shah Rukh Khan dan mengancam untuk membunuhnya.
Bagaimanapun, hasrat Abu Salem tidak kesampaian selepas dia ‘membuang’ nama pelakon itu daripada senarai untuk dibunuh kerana kebaikan, kejujuran dan komitmen pelakon itu dalam pekerjaan yang dicintai.
Baca Juga: Merajuk tak dapat ganja, lelaki sanggup duduk atas bumbung sampai dua hari
Baca Juga: Tak ada sayur cuma letak sos je, rupa burger stadium jadi perbincangan warganet