Aktiviti dilakukan keluarga ini buat netizen turut sama rasakan…

  • Post author:

Masa bersama keluarga antara saat berkualiti yang perlu dimanfaatkan setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana, pada zaman teknologi masa kini, boleh dikatakan kebanyakan masyarakat menggunakan medium atas talian sebagai pengantara untuk bertanya khabar atau berbincang sesuatu.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan satu keluarga ini memukat ikan secara beramai-ramai di tepi pantai.

Keriangan yang terpancar dalam kalangan anggota keluarga itu ternyata membuatkan netizen turut sama merasakan nikmat ‘seronok’ memukat ikan bersama ahli keluarga tercinta.

Video di TikTok itu dimuat naik oleh @faizalomar2401919 dengan kapsyen semangat memukat bersama keluarga.. Allah limpahkan rezeki Abe Ja….

Seorang netizen menyifatkan aktiviti kekeluargaan itu akan menjadi kenangan terindah.

“Seronok ramai-ramai macam ni buat aktiviti dengan family..,”

“Wahhhhhh bestnye dapat momen macam ni!,”

Itu antara kata-kata yang ditulis pengguna laman maya sambil mengharapkan mereka juga dapat membuat aktiviti sedemikian satu hari nanti.

Baca Juga: Diva AA tarik diri, beri sokongan kepada parti PH

Baca Juga: Disangka mabuk, lelaki ini jadi bahan bualan lepas dirakam tertidur atas motor dengan mulut tenganga