Aktiviti keluarga dihujung minggu pastinya menyeronokkan namun buat keluarga ini ia adalah tragedi berdarah apabila anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun maut dibaham seekor singa semasa sedang bersiar-siar.
Mangsa dikatakan sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum seekor singa melarikan mangsa daripada pegangan tangan ibunya di sebuah ladang di Ghanshyam Nagar. lapor The Sun.
Singa itu dipercayai keluar dari dalam hutan sebelum menerkam mangsa sehingga berlakunya kejadian ngeri terhadap kanak-kanak tiga tahun itu. Beberapa badan mangsa ditemui polis dalam keadaan putus.
Mangsa, Nitin Rakeshbhai diheret ke dalam hutan oleh seekor singa semasa perkhidmatan kecemasan dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Susulan daripada itu, polis menemui dua anggota badan mangsa yang terputus iaitu kepala dan kakinya. Terbaru, pihak polis memasang alat perangkap untuk menjerat singa tersebut, namun, usaha itu masih belum berjaya.
Baca Juga: Entah macam mana kepala boleh sangkut celah hiasan batu, nasib bomba boleh selamatkan