Ikut musim! Ayat itu sering didengar apabila kita melihat seseorang mula memakai pakaian yang melambangkan sesuatu.
Contohnya, menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia, pasti kita akan nampak masyarakat mula memakai jersi pasukan kegemaran mereka.
Begitu juga di negara kita, Sabtu ini, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan, namun baru-baru ini ada seseorang telah menarik perhatian netizen menerusi tindakannya, dan dia juga bukanlah ‘calon’ pilihan raya.
Dia dilihat memperagakan busana yang menggunakan kain bendera parti politik, sekali gus meraih perhatian orang ramai.
Perkongsian video melalui akaun TikTok @wafieyneedu yang dipercayai seorang pereka fesyen amatur di negeri Kelantan, menunjukkan aksi tersebut.
Video itu telah tular dan kebanyakan netizen menyifatkan pemuda tersebut sangat kreatif dan bakatnya patut diketengahkan dalam industri fesyen tanah air.
“HAHAHAHA mslhnya lawa pulakkkkk!!,” komen seorang pengguna TikTok.
“Ada saje la idea ko bang,” komen pengguna TikTok yang lainnya.
“Ape2 pon.. cantik gak buat style baju tu hahahahah,” tulis pengguna TikTok itu.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 2.7 juta tontonan, 150.8K tanda suka dengan 15.3K perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai.
Baca Juga: PRU-15: PH yakin kadar keluar mengundi lebih 80%