Alahai, pesan kuetiau goreng udang tapi yang sampai kuetiau penuh ekor udang, udang pun dua ‘ketul’ je

  • Post author:

Dari ‘trend’ masyarakat kita hari ini yang mula menggemari budaya ‘food hunting’, rasanya peniaga-peniaga gerai makanan sudah perlu menetapkan standard kualiti makanan masing-masing supaya tidak dilabel hanya mencari untung.

Seperti yang dihadapi seorang pengguna media sosial contohnya, dia meluahkan rasa terkejut apabila makanan yang dipesannya tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Pengguna yang menggunakan akaun Rosnah Sibaweh berkata, dia pada awalnya membuat pesanan kuetiau goreng udang.

Namun sebaik makanan sampai di meja, dia mendapati kuetiau yang dipesannya tadi langsung tidak mempunyai udang di dalamnya.

Semata-mata yang ada cuma ekor udang sahaja sebelum dia memanggil pelayan kedai berkenaan dan memaklumkan hal tersebut.

“Tak tahu nak kata apa. Order kuetiau udang. Banyak betul ekor. Mula-mula sampai order, godek-godek. Dapat dua ekor. Aku pun panggil waiter.. Ada ekor je ke, udang mana? Dia gelak dan ambil balik,” katanya sambil menambah bahawa pelayan itu kemudian menambah udang di dalam makanan tersebut.

Mungkin imej makanan dan dalam
Gambar yang dikongsi

Bagaimanapun selepas hidangannya dikembalikan semula, cuma ada dua ekor udang yang cukup sifat dan selebihnya cuma ekor sahaja.

Harga yang dikenakan juga boleh tahan kira-kira RM12.90 sepinggan kata wanita berkenaan selain memberitahu tidak akan lagi datang ke kedai berkenaan.

“Dalam 10 minit hantar balik. Dapat 2 ekor udang cukup sifat tapi selebihnya 10 ekor tak ada badan. Harga not bad RM12.90. tapi nok kabo sakning, dok mari doh sini. Sebab ambe dok makan ekor udang. Ambe makan udang je,” tulisnya di laman kumpulan Masak Apa Tak Jadi Harini.

Menipu dalam berniaga tak takut ke rezeki tu jadi macam mana?

Baca juga: 34 maut bot bawa pendatang karam berhampiran Pantai Syria

Baca juga: Dera anak saudara, pasangan suami isteri mengaku tidak salah