Alami Stiff Person Syndrom, Celine Dion batalkan jelajah konsert Eropah

  • Post author:

Celine Dion terpaksa membatalkan jelajah konsert Eropah selepas alami penyakit Stiff Person Syndrom yang sehingga kini tiada ubat untuk merawatnya.

Penyakit ini mampu menganggu percakapan dan masalah berjalan. Dua perkara penting buat penyanyi.

Masalah tersebut menyebabkan penyanyi berusia 54 tahun ini membatalkan konsert yang sepatutnya bermula Februari depan.

“Saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang dikenali sebagai Stiff Person Syndrome.”

Penyakit tersebut juga telah memberi kesan dan menganggu rutinnya sehingga dia tidak mampu menyanyi seperti biasa.

“Kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan seharian saya, kadangkala menyebabkan kesukaran berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa.

“Saya disokong oleh anak bersama-sama pasukan perubatan saya yang bekerja keras setiap hari demi memulihkan keadaan kesihatan saya untuk beraksi seperti sediakala namun saya harus akui bahawa semua itu tidak mudah.”

Walaupun dalam keadaan itu, penyanyi lagu ‘My heart will go on’ tetap ingat akan peminatnya dan berterima kasih kepada sokongan yang diberikan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kasih sayang serta sokongan anda. Saya sangat menyayangi anda semua dan berharap dapat berjumpa dengan kalian semula tidak lama lagi.”

Baca Juga: Hantar komunikasi lucah, lelaki didenda RM7,000

Baca Juga: ‘Engkau sebar RM600 bilion, sekarang kata mengelirukan’