Pasca PRU-15: Aliran trafik bergerak perlahan, ramai pulang ke ibu kota

  • Post author:

Aliran trafik di lebuh raya utama mula perlahan susulan orang ramai bergerak pulang ke destinasi masing-masing, selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Menurut laporan trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di laman Twitter rasminya, trafik perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Barat Kuala Lumpur, 3 kilometer (km) sebelum masuk Plaza Tol Karak.

Beralih ke aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pula, pertambahan kenderaan dapat dilihat arah Barat Kuala Lumpur bermula di persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang.

Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) ke Plaza Tol Gombak.

Baca Juga: ‘l’Il be back’ – Nurul Izzah bakal kembali!

Baca Juga: Pelajar sekolah rendah paling tua di dunia berusia 99 tahun, meninggal dunia