Amaran ribut petir dan hujan lebat, 8 negeri terlibat

  • Post author:

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri bermula pagi ini sehingga pukul 11 pagi.

MetMalaysia memaklumkan, kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang.

“Seterusnya, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur serta sekitar Putrajaya.

“Amaran ribut petir turut melibatkan Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Baca Juga: Kali terakhir jumpa Julai tahun lalu, Zalina dalam keadaan sihat – rakan beritahu

Baca Juga: Dunia gelap, murung, hilang semangat nak hidup, luah seorang lagi mangsa penipuan ‘scammer’ lesap RM163K