Amaran ribut petir di empat negeri Semenanjung dan Sarawak

  • Post author:

Amaran ribut petir dikeluarkan membabitkan beberapa kawasan di empat negeri Semenanjung serta Sarawak pada pagi ini sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus).

Selain itu, di Negeri Sembilan pula, ia melibatkan kawasan Port Dickson, manakala Johor meliputi Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Pada masa sama, amaran ribut petir di Sarawak terdiri daripada kawasan Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah.

MetMalaysia memaklumkan perkara tersebut menerusi Facebook rasminya hari ini.

Baca Juga: Siar gambar bogel di OnlyFans, bekas doktor dipenjara 6 tahun

Baca Juga: Lebih 15 jam terapung di laut, nelayan ini akhirnya diselamatkan