Amaran ribut petir di tiga negeri – MetMalaysia

  • Post author:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  melibatkan tiga negeri sehingga jam 2 petang nanti.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk di negeri Selangor adalah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Seterusnya, cuaca tidak menentu itu juga melibatkan seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” maklum MetMalaysia menerusi dalam hantaran di Facebook hari ini.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Manakala, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. 

Baca Juga: Tergamak culik dan samun nenek tua, 4 lelaki berjaya larikan emas dan duit RM16

Baca Juga: Demi PRU15, 7,700 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersiap sedia