Tindakan seorang wanita mengambil wang milik wanita lain bawa pada apabila video tersebut tular. Kejadian dikatakan berpunca daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang rosak. Namun wanita tersebut dikatakan telah memulangkan semula wang berkenaan.
Tidak mahu berjumpa, wang tersebut dikembalikan menerusi perantaraan pekerja stesen minyak di Bukit Jelutong yang merupakan lokasi kejadian oleh kakak kepada wanita berkenaan.
Rakan mangsa mahu dikenali Fira, 37, berkata, kakak wanita tersebut telah memberikan sejumlah wang kepada pekerja stesen tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi pada Selasa lalu untuk diserahkan kepada rakannya dikenali Zaatul, 37 namun tidak mendedahkan jumlah yang dipulangkan.
“Kakak wanita tersebut juga meminta pekerja stesen tersebut menghubungi kami bagi mengambil wang tersebut pada hari yang sama.
“Justeru, menerusi penyerahan semula wang berkenaan kami beranggapan kes tersebut telah selesai dan tidak akan melanjutkan proses untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo.
Fira juga mengharapkan dengan pulangan wang tersebut, video tersebut tidak lagi dikongsikan orang awam.