Ambil ‘order’ macam orang dewasa, ini komen netizen terhadap adik comel ini…

  • Post author:

Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu menceriakan dan memeriahkan lagi suasana, tidak kira di dalam atau luar rumah.

Setiap hari ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua.

Bukan saja mulut mereka yang banyak bercakap itu ini, malah sikap mereka juga boleh membuatkan kita terhibur.

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook sebuah perkongsian video memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengambil pesanan makanan.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, kelihatan adik itu sedang sibuk mendengar pesanan daripada pelanggan yang datang ke kedai berkenaan.

 

Nada ‘pelat’ adik comel itu nampaknya telah membuatkan netizen geram dengannya.

Manakan tidak, telatahnya tidak ubah seperti pekerja dewasa yang mengambil pesanan di kedai makan.

“Betul ke tulis tuu? Ke main conteng je? Hahahah comei sangat, mai sini nak cubit pipi tu,”

“Alahaiii comel sangat… bijak sungguh adik ini…,”

Itu antara komen yang ditulis netizen, malah ada juga pengguna laman maya yang nak pergi ke kedai tersebut.

“Kat mana kedai ni?? Nak pegi la.. bukan la nak makan sangat, cuma nak order bungkus,”

Baca Juga: Twitter bakal kenakan caj RM38 sebulan untuk tanda biru di tepi nama, siap boleh ‘edit tweet’ lagi

Baca Juga: ‘Kembar’ Mira Filzah ditemui di TikTok, netizen doakan wanita ini dapat peluang berlakon