Ambil ubat bipolar, Selena Gomez berdepan risiko sukar dapatkan cahaya mata

Pastinya setiap wanita mengimpikan cahaya mata daripada benih sendiri. Namun buat selebriti terkenal, Selena Gomez, dia akan berdepan kesukaran untuk hamil kerana pengambilan ubat bipolar.

Menerusi wawancara bersama Rolling Stone, penyanyi dan juga pelakon berusia 30 tahun itu berkata, setelah dua tahun mengambil ubat tersebut, doktor memberi amaran bahawa dia bakal berdepan kesukaran untuk hamil.

“Saya telah mengambil ubat bipolar kerana mengalami gangguan mental sejak 2020. Selepas dua tahun, saya masih bergantung dengan ubat tersebut.

“Kesannya, doktor memberi amaran bahawa saya berkemungkinan besar akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil,” katanya.

Menyedihkan, namun dia tetap tidak patah semangat dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan peluangnya menjadi seorang ibu terus terbuka.

“Saya tidak akan patah semangat. Dunia semakin moden. Pasti akan ada kaedah lain untuk saya memiliki cahaya mata nanti,” katanya.

Baca Juga: Menggayakan busana merah dan biru, netizen kata nampak macam ‘ikan laga’, buat ramai tergelak

Baca Juga: Nampak sangat Zahid tergesa-gesa-Calon BN Pengkalan Chepa didakwa doktor palsu tak habis belajar