Ambil ubat kemurungan dan ubat tidur, Puteri Balqis hanya reviu produk sesuai dengan umur

  • Post author:

Puteri Balqis kini semakin aktif dalam industri seni, jadi dengan jumlah pengikut di Instagram pastinya ramai akan menghantar produk untuk di review oleh dirinya. Namun akibat ubat kemurungan dan ubat tidur yang di ambil, dia terpaksa menolak beberapa produk.

Pelakon yang lebih selesa dipanggil Aqish, menolak produk yang tidak sesuai dengan umurnya seperti jamu, krim payudara, produk memutihkan wajah serta produk makanan kesihatan.

“Whitening product banyak yang tidak sesuai. Aqish kurang pengetahuan tentang produk macam ni. Jamu dan krim untuk payudara dan punggung tak sesuai untuk umur Aqish.”

Pilih produk yang tak beri kesan kuat

Disebabkan ubat yang di ambil, Aqish tidak boleh sesuka hati menggunakan produk kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan dirinya.

“Ubat anti depression dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil agak kuat. Jadi Farris (pengurus) kena betul-betul pastikan produk yang dimakan sesuai untuk Aqish sebelum Aqish buat ulasan.

“Aqish mohon maaf, jika ada antara review yang terpaksa ditolak oleh Farris. Ada yang kurang sesuai untuk Aqish. Jika produk okay, Aqish pasti akan promote dan jelaskan satu persatu kebaikannya.

“Produk makanan kesihatan ada banyak yang Aqish dah cuba tetapi tinggalkan kesan negatif pada badan Aqish. Demam teruk dan muntah-muntah.”

Ambil ubat kemurungan dan ubat tidur

Kepada penjual di luar sana, janganlah hantar produk yang tidak sesuai dengan umur kepada pempengaruh yang anda mahu review produk anda, tahu nak senang dapat pelanggan baru tapi lihat dan kaji dulu. Bukan senang-senang hantar produk.

Baca Juga: Disamakan dengan watak ibu ayam dalam filem, netizen kritik tak sesuai ambil gambar dengan rokok di tangan

Baca Juga: ‘Dah 4 kali jumpa AM sejak PRU15 tapi PM masih belum ada’