Amboi! ‘Berkelah’ di lapangan terbang ya! Netizen nasihat keluarga ini cari tempat lebih sesuai

  • Post author:
  1. Apabila sudah lapar, biasanya kita akan mencari kedai makan atau tempat strategik untuk menjamu selera.

Namun, tindakan sekumpulan ahli keluarga yang membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di lantai sambil makan di sebuah lapangan terbang, nampaknya mengundang kecaman warga maya.

Menerusi video yang tular di Facebook itu, keluarga berkenaan dilihat menghidangkan nasi dan lauk-pauk untuk dimakan beramai-ramai.

Suasana tersebut tidak ubah seperti sedang berkelah di tepi pantai, cuma kali ini lokasinya berbeza.

Seorang pengguna media sosial, menyifatkan tindakan keluarga berkenaan tidak bersesuaian kerana di situ merupakan laluan orang ramai.

“Kalau boleh, janganlah makan di tempat yang sememangnya khas untuk orang lalu,” ujarnya.

Seorang lagi netizen pula mencadangkan keluarga tersebut supaya membawa makanan itu ke medan selera yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang.

“Boleh je kalau bawak lauk-pauk tu makan dekat food court. Lebih manis di tengok orang,” katanya.

Baca juga: Janganlah sibuk tanya ‘stage’ berapa, bekas pesakit kanser ini kongsi 6 tips ziarah

Baca juga: Remaja autisme terjun tingkat 1, ibu sibuk bawa adik pergi mandi kolam dan bermalam di hotel