Amboi! Leka betul dua ekor si comel ni sampai tak perasan orang rakam dia

  • Post author:

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling manusia sayang, malah gelagatnya tidak pernah membuatkan kita jemu melayan mereka.

Realitinya, kucing ini ada macam-macam ‘ragam’ dan yang terbaharu si comel itu ‘dikesan’ bermain air menggunakan getah paip.

Wah wah wah! Kemain lagi ye!

Dalam satu video tular yang dimuat naik di Instagram, menunjukkan dua ekor kucing berwarna oren sedang fokus bermain air sehinggakan tidak perasan diri mereka diperhatikan daripada jauh.

Apabila menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang tergelak melihat video itu, apatah lagi si comel dua ekor tu tengah leka bermain air.

“Kucing saya pun suka main air. Kalau kita buka paip air tangan dia duk cuit2 air tu. Selagi x tutup slagi tu x bhenti dia,”

“Acik ada seekor kucing suka main air…dari dia kecik tpi warna bulu bukan oyen tpi perang bulu dia…klau jumpa air keluar dari getah paip dia leka main sampai basah tangan,ekor dia…,”

Malah, ada juga netizen yang ‘marah dengan tindakan kucing itu.

Pandai membazir air ye oyen!,” seloroh seorang netizen.

Baca Juga: Ferrari milik rakan ‘total lost’, pemandu profesional disaman RM125

Baca Juga: Adakah aku ahli neraka, netizen terkejut makan ubat sakit dikira haram oleh Ustazah Afifah