Dalam satu video yang tular mengenai insiden seorang bapa yang terjatuh daripada motor dan hanya dipandang oleh dua anaknya tanpa sebarang tindakan hingga menyebabkan ramai yang mengecam dua pelajar berkenaan.
Ternyata kedua-dua pelajar tersebut masing-masing berada di tingkatan 1 dan 5 berada dalam senarai orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam.
Video tersebut menjadi isu besar dalam kalangan netizen yang mempersoal dua pelajar yang hanya melihat bapanya terjatuh dan lansung tidak menghulurkan bantuan.
Wakil sekolah menengah untuk dua pelajar berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar tentang keluarga tersebut dan berharap agar video tular itu segera dipadamkan kerana telah menimbulkan fitnah.
“Mohon panjangkan perkara ini kepada pemilik TikTok ini untuk segera padamkan videonya dan membuat permohonan secara terbuka kepada keluarga berkenaan. Amat mengguris hati kami pihak sekolah.
“Pelajar kita ini pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun. Kasihan pelajar ini semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran,” katanya pada hantaran di Facebook semalam.
Baca Juga: Jasad adik Rafiuddin ditemukan lemas di Sungai Dungun
Baca Juga: ‘Viral’ isu culik pelawak Sabri Yunus teringat kisah Jaafar Tonggek potong kepala budak