Anak kambing dilahir berwajah manusia

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Baru-baru ini seekor anak kambing di India dilahirkan dengan keadaan wajah seperti manusia serta kelihatan seperti memakai kaca mata.

Memetik akhbar Daily Star, anak kambing itu dilahirkan di kampung Sironj dalam negeri Madhya Pradesh, Jumaat lalu.

Seorang penternak haiwan, Nabab Khan terkejut apabila seekor induk kambing melahirkan anak yang kelihatan seperti memiliki mulut manusia.

Ia merupakan kali pertama haiwan peliharaan Nabab, termasuk seekor kerbau dan tujuh kambing, melahirkan anak.

Anak kambing itu terpaksa diberi minum susu menggunakan picagari disebabkan keadaan mulutnya.

Ciri paling aneh adalah kambing itu mempunyai bulatan hitam di sekeliling matanya yang membuatkan ia kelihatan seperti memakai kaca mata.

Ia juga mempunyai bulu putih yang tebal di bahagian kepala dan sekeliling dagunya. 

Penduduk di India berpusu-pusu ke rumah Nabab apabila berita mengenai kelahiran haiwan cacat itu tersebar.

Menurut pakar veterinar, Dr. Manav Singh, istilah perubatan untuk keadaan kambing itu adalah ‘dispepsia kepala’.
Ia memberi kesan kepada satu daripada 50,000 kelahiran haiwan dan lebih biasa pada lembu berbanding kambing.

Keadaan itu menyebabkan bengkak pada kepala haiwan, yang dikenali sebagai ‘ydrocephalus’ dan mempunyai dua punca yang diketahui.

Pertama, induk haiwan mengalami kekurangan vitamin A semasa bunting dan kedua, induk diberi ubat yang salah semasa bunting.

Hydrocephalus hanya merujuk kepada terdapat terlalu banyak cecair pada otak, sama ada kerana masalah saliran atau masalah pengeluaran berlebihan.

Baca Juga: Letupkan bom di pusat beli-belah, suspek wanita mengaku bersalah

Baca Juga: PRU-15: “Saya akan buat ucapan penutup bagi seluruh negara di Tambun” – Anwar