Anak meninggal dalam kandungan, ibu tetap bersalin dan dakap bayi sepuasnya

Sakitnya kehilangan orang tersayang itu tak mungkin boleh digambarkan dengan berjuta perkataan di dunia. Apatah lagi kehilangan anak dalam kandungan yang sudah mencecah 25 minggu.

Satu video dikongsi Izatul Shahira di Tiktok, dia berkongsi pengalaman sedih selepas dua minggu kehilangan penghuni rahim pertamanya, malah tidak mengalami masalah sepanjang mengandung.

Menurut Oh!Bulan, sepanjang kehamilan dia hanya mengalami morning sickness ketika trimester pertama, namun kesihatannya bertambah baik ketika trimester kedua. Malah, bayinya juga dikatakan aktif ketika memasuki minggu ke-18 hingga dapat merasai tendangan.

“Masa pregnant tak ada masalah pun, saya dan baby Alhamdulillah sihat. Trimester pertama morning sickness teruk tapi masuk trimester kedua dah okay sikit.”

Tapi mungkin bukan rezeki untuk membesarkan anak, wanita kuat ini terkejut ketika dimaklumkan yang bayinya sudah meninggal dua hari selepas si ibu tidak merasakan pergerakan anaknya.

“Pergi klinik kesihatan sebab bayi dah tak bergerak dari malam tu. Doktor beritahu baby dah meninggal. Refer hospital doktor pakar cakap baby dah meninggal 2 hari dalam perut.

@izatulathira

I miss you penghuni pertama rahim mommy 😭❤️ 16 hari dah adik tinggalkan mommy and daddy. Terima kasih ya Allah bagi aku peluang genap 25weeks jadi seorang ibu❤️ Terkejut bila doc bagitahu mommy adik dah meninggal dalam perut mommy 😭

♬ Takdir Memisahkan – 𝑴𝒉.𝑨𝒃𝒅𝒊_ • 𝑸𝒖𝒐𝒕𝒆𝒔

Masih rasa pergerakan

Tidak tahu bagaimana mahu menerima berita tersebut, wanita tersebut masih pergerakan anak walaupun tidak sekuat sebelum ini. Dia akhirnya pasrah dan selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang cukup sifat serta diberi nama Nur Sakina.

“I miss you penghuni pertama rahim mommy. 16 hari dah adik tinggalkan mommy dan daddy. Terima kasih Ya Allah bagi aku peluang genap 25 minggu jadi seorang ibu. Terkejut bila doktor beritahu mommy adik dah meninggal dalam perut mommy.”

Sempat disatukan

Pastinya momen mendakap bayi adalah perkara yang paling dinantikan seorang ibu, namun suasana lebih pilu buat wanita ini yang mendakap anaknya yang sudah tidak bernyawa.

“Sedih mommy, setitik air susu mommy pun adik tak sempat merasa.”

Baca Juga: Lahir di McDonald’s, seorang bayi diberi nama timangan ‘Little Nugget’

Baca Juga: Luruh jantung tengok mak-mak merempit siap buat aksi Superman masa tunggang motor