Anak tertua walaupun baru lahir, pasangan kembar lahir daripada embrio beku berusia 30 tahun

30 tahun adalah masa yang paling lama untuk embrio yang beku, namun ia menjadi keajaiban apabila pasangan kembar akhirnya lahir di Amerika Syarikat.

Embrio itu pada mulanya dicipta untuk pasangan suami isteri tanpa nama dan disimpan di makmal kesuburan sebelum didermakan kepada pusat kebangsaan pada 2007, lapor CNN.

Menurut Sky News, Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NEDC) percaya embrio itu adalah yang paling lama dibekukan sehingga menghasilkan kelahiran hidup.

Anak paling muda tapi juga paling tua

Lydia dan Timothy Ridgeway dilahirkan pada 31 Oktober daripada embrio yang dibekukan pada 22 April 1992 iaitu ketika George H.W Bush menjadi Presiden AS manakala John Major selaku Perdana Menteri British.

Philip Ridgeway, bapa kepada kembar itu, berusia lima tahun ketika embrio dicipta dan berkata ada sesuatu yang membingungkan mengenainya.

“Mereka adalah anak ‘tertua’ kami,” kata Philip dan Rachel Ridgeway mempunyai empat lagi anak berusia antara dua dan lapan tahun.

Mark Mellinger, dari NEDC, berkata ia adalah rekod baharu untuk pemindahan embrio paling lama beku yang mengakibatkan kelahiran.

Baca Juga: Wanita jual surat cinta mak pada harga RM3 juta, tak sangka bekas kekasihnya Bob Dylan

Baca Juga: DAP seru kekal bertenang, BN pula tidak sokong PH dan PN