Anggap anak lelaki penerus keturunan, lelaki sanggup ceraikan isteri setelah mengandung anak perempuan kelima

Inilah pentingnya subjek sains di sekolah, kromosom jantina ditentukan oleh si suami dan bukannya si isteri, Jadi jika anda tidak dapat anak lelaki, maka itu adalah salah anda bukannya si isteri.

Hanya kerana takut anak kelimanya ini juga perempuan, seorang lelaki di Beijing tergamak menceraikan isterinya yang sebelum ini sudah melahirkan empat anak perempuan.

Hu, 25, menyatakan bahawa fahaman keluarga lelaki tersebut adalah eorang wanita harus melahirkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan. Jika tidak, mereka akan dianggap tidak berbakti lapor Wolipop.

“Dia mahu berkahwin semula dan mendapat anak lelaki dengan perempuan lain,” jelas Hu.

Hanya beri 1,000 yuan sebulan untuk 4 anak

Akhirnya, Hu terpaksa bersetuju dengan perceraian itu. Empat anaknya masih akan tinggal bersamanya dan suaminya akan memberinya 1,000 yuan (RM639) setiap bulan.

Hu bagaimanapun tidak akan menggugurkan kandungannya dan biarpun sangat sedih serta kecewa dengan keputusan suaminya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. – Agensi

Baca Juga: Salahkan isteri tak pandai jaga suami, influencer media sosial pernah hamil anak luar nikah

Baca Juga: Akibat lombong mata wang kripto, tak sampai setahun RM16 juta milik SESB hangus